blogger adsanse

Minggu, 01 Januari 2012

daRAH

Darah Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lumuran darah. Darah adalah tisu perantara yang terdapat dalam semua haiwan tinggi yang berfungsi sebagai sistem pengangkutan dalam badan untuk mengangkutgas, nutrien dan hormon. Darah juga terlibat dalam sistem imunisasimenentang penyakit. Terma perubatan berkait dengan darah bermula dengan hemo- atau hemato- dari perkataan bahasa Greek untuk darah. Darah manusia Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah. Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan olehhemoglobin, protein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung. Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vein. Lihat sistem kitaran untuk gambaran terperinci mengenai kitaran ini. Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pingganguntuk disingkirkan sebagai air kencing. Darah manusia Darah manusia adalah cecair tisu; fungsi utamanya adalah mengangkut oksigen diperlukan untuk hidup diseluruh tubuh. Darah juga membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. Hormon endokrin juga diedarkan melalui darah. Darah manusia berwarna merah, antara merah terang apabila di oksigen kepada merah tua apabila tiada oksigen. Warnanya disebabkan olehhemoglobin, protein pernafasan (respiratory protein) yang mempunyai besi dalam bentuk heme, tempat oksigen bergabung. Darah beredar dalam saluran darah dan dikitarkan oleh jantung, pam otot. Darah melalui paru-paru untuk dioksigenkan, dan dikitarkan seluruh tubuh oleh salur arteri. Darah mengedarkan oksigen keseluruh badan melalui saluran halus darah yang dipanggil kapillari. Darah kemudian kembali ke jantung melalui vein. Lihat sistem kitaran untuk gambaran terperinci mengenai kitaran ini. Darah juga mengangkut bahan kumuhan metabolik, dadah dan bahan kimia asing kepada hati untuk diuraikan dan kepada buah pingganguntuk disingkirkan sebagai air kencing. Komposisi Darah terdiri daripada beberapa jenis korpuskel corpuscles; yang membentuk 45% bahagian daripada darah. 55% yang lain adalah plasma darah, cecair kekuningan yang membentuk medium cecair darah. Korpuskel adalah:  sel darah merah atau erythrokytes (sekitar 99%). Korpuskel tidak mempunyai nukleus sel dan organelle, dan tidak dianggap sebagai sel dari segi biologi. Korpuskel mengandungi hemoglobin dan mengedarkan oksigen. Sel darah merah juga bertanggungjawab bagi sistemjenis darah.  Platelet atau thrombokytes (0.6 - 1.0%), bertanggungjawab untuk pembekuan darah.  Sel darah putih atau leukokytes (0.2%), merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi; dan bertugas untuk memusnahkan agen jangkitan. Plasma darah pada asasnya larutan air yang mengandungi :-  albumin  bahan pembekuan darah  immunoglobin (antibodi)  hormon  pelbagai jenis protein  pelbagai garam Keseluruhannya, plasma dan korpuskel membentuk cecair yang ciri alirannya unik bersesuaian dengan rekabentuk pembuluh darah. Kesihatan Beberapa masalah kesihatan berkait dengan darah. Luka boleh menyebabkan kehilangan darah teruk. The thrombocytes menyebabkan darah membeku, menghalang luka kecil, tetapi luka besar perlu dirawat dengan segera untuk menghalang exsanguination. Kerosakan pada organ dalaman boleh menyebabkan luka dalaman yang teruk atau hemorrhage. hemofilia merupakan kecacatan genetik yang menyebabkan kegagalan berfungsi "disfungsi" dalam mekanisma pembekuan darah seseorang. Ini menjadikan luka kecil mampu berubah mengancam nyawa, tetapi biasanya menyebabkan hemarthrosis, atau pendarahan pada sendi, yang boleh melumpuhkan. Leukemia merupakan kumpulan barah tisu pembentuk darah. Pendarahan teruk, sama ada melalui kemalangan atau tidak (seperti semasa pembedahan), dan juga sesetengah penyakit darah sepertianemia dan thalassemia, memerlukan pemindahan darah. Beberapa buah negara mempunyai bank darah untuk memenuhi permintaan untuk pemindahan darah. Penerima darah perlu mempunyai jenis darah serasi dengan penderma. Darah merupakan cara "vektor" penjangkitan. Salah satu contoh penyakit bawaan darah yang diketahui ramai adalah AIDS, yang mana virusHIV, dipindahkan melalui sentuhan antara darah dengan darah, air mani "sperma", atau cecair badan orang yang dijangkiti. Disebabkan oleh jangkitan melalui darah, objek berdarah dianggap ancaman bio "biohazard". Tekanan darah merupakan alat diagnostik yang penting. Penghasilan dan penguraian sel darah Bagi haiwan bertulang belakang, pelbagai sel darah dihasilkan dalam sum-sum tulang dalam proses yang dikenali sebagai hematopoiesis, yang merangkupi erythropoiesis, penghasilan sel darah merah; dan myelopoiesis, penghasilan sel darah putih dan platelet. Semasa kanak-kanak, hampir semua tulang manusia menghasilkan sel darah merah; apabila dewasa, penghasilan sel darah merah terhad kepada tulang-tulang besar: bagi haiwan bertulang belakang, tulang dada (sternum), tulang selangka, tulang pelvik, dan tulang lengan dan kaki. Tambahan lagi, semasa kanak-kanak, kelenjar thymus, yang terdapat di mediastinum, merupakan sumber penting menghasilkan lymphocytes.[1]Komponen darah berprotin (termasuk protin pembekuan) kebanyakannya dihasilkan oleh hati, sementara hormon dihasilkan oleh kelenjar endokrine dan peratusan air dikawal oleh hypothalamus dan dikekalkan oleh buah pinggang. erythrocytes yang sihat mempunyai hayat plasma sekitar 120 hari sebelum ia diurai oleh limpa, dan oleh sel Kupffer dalam hati. Hati turut menyingkirkan sesetengah protein, lipid, dan asid amino. Buah pinggang secara aktif menyingkirkan bahan buangan melalui air kencing. [sunting]Kepercayaan mengenai darah Disebabkan kepentingan darah kepada kehidupan, darah dikaitkan dengan beberapa kepercayaan. Salah satu kegunaan darah yang asas adalah sebagai simbol pertalian keluarga; "pertalian darah" beerti mempunyai kaitan melalui leluhur dan bukannya melalui ikatan perkahwinan. Penganut Kristian percaya bahawa wain Eucharist adalah atau melambangkan darah Yesus Kristus yang ditumpahkan untuk keselamatan (salvation) mereka. Vampire adalah makhluk fiksyen yang dipercayai terus hidup dengan menghisap darah orang yang masih hidup. Dalam teori zaman pertengahan "medieval" salah satu dari empat unsur badan, darah dikaitkan dengan unsur api dan riang dan pelahap yang dikenali sebagai mempunyai perwatakan (sanguine). Darah haiwan bukan manusia Dalam serangga, darah (secara tepatnya dikenali sebagai hemolymph) tidak terbabit dalam pengedaran oksigen. (Bukaan dikenali sebagaitrakhea membenarkan oksigen dari udara untuk meresap secara langsung ke tisu). Darah serangga mengangkut zat ke tisu dan menyingkirkan bahan kumuhan. Dalam haiwan lain, fungsi utama darah ialah mengangkut oksigen dari paru-paru atau insang ke tisu. Dalam sesetengah haiwan invertebratakecil, oksigen hanya meresap kedalam plasma. Semua haiwan lain menggunakan pritin pernafasan untuk meningkatkan keupayaan mengangkut oksigen. Hemoglobin merupakan protin pernafasan paling berkesan secara semulajadi. Hemokyanin (biru) mengandungitembaga dan digunakan dalam haiwan krustakean. "Sea squirt", antara haiwan laut, menggunakan vanadium khromagen (hijau muda, biru, atau kuning bata "oren") untuk pewarna pernafasaan. Dalam invertebrata, protin pembawa oksigen terlarut bebas dalam darah; dalam vertebrata protin pembawa oksigen terkandung dalam sel darah merah khusus, membenarkan kepekatan lebih pewarna pernafasan tanpa peningkat kepekatan darah. Darah diguna makanan Ada budaya yang masak dan makan darah haiwan. Puding darah dan sosej darah dimakan di England dan Sweden. Yahudi dilarang campurkeju dan darah kerana begini macam campur hidupan dan mati (lihat: kosher). Islam haramkan makan darah. http://ms.wikipedia.org/wiki/Darah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar